oleh: irzaimi
Kali pertama saya melihat dengan dekat puteri reformasi adalah ketika sambutan hari raya di kampung
ayahnya di Permatang Pauh Pulau Pinang, Nurul Izzah telah
diminta berucap dan saya lihat dengan jelas bagaimana beliau agak gugup tetapi
semangatnya untuk bersama rakyat kuat sekali. Mata saya tidak lepas dari
memerhati gerak gerinya, Saya lihat betapa sopannya dia melayan tetamu
terutamanya dari kaum ibu, saya tersentuh melihat dia menyuapkan kueh raya ke
mulut adiknya Nurul Hana. Saya kagum melihat dari usianya yang muda tetapi mampu
menyembunyikan resah hati dan duka di sebalik senyum manisnya. Aduh... dialah
lambang gadis Malaysia abad 21 yang kita akan bentuk setelah Mahathir digulingkan. Dialah simbol perjuangan yang kita impikan.
Ketenangan dan
kematangan ucapannya dikagumi kawan dan lawan.
Di sana..puteri UMNO
Dan kebetulan saya juga kenali si Azalina Othman itu, selain dari dia adalah
bekas pengacara NTV 7, saya juga beberapa kali bertembung dengannya, sama ada di karnival membeli belah
di Bukit Jalil atau di Isetan, Suria KLCC juga sekali di PWTC, saya juga melihat dari jauh gerak gerinya, memerhati kelakuan dan
sikapnya, aduh terasa betapa kasarnya dia, seharusnya dia bukan puteri UMNO tetapi ketua pemuda
UMNO! apa yang saya saksikan dan kita semua tonton sewaktu
menjadi mengacara dateline sudah cukup jelas, si Azalina yang juga ahli MT
lantikan, juga seorang peguam adalah orang yang bertanggungjawab menyediakan
kertas kerja penubuhan puteri UMNO yang bertujuan menarik sokongan orang muda
terhadap UMNO. Umno yang terdesak terpaksa menggunakan formula syarikat kosmetik
untuk menarik perhatian orang ramai terhadapnya. Namun agak malang bagi UMNO bila puterinya bukan selembut Tun
Teja atau seayu Siti Wan Kembang, tetapi
puterinya lebih mirip Laksamana Hang Tuah dari segala segi.
Ketua sebagai simbol
Apabila kita nobatkan Nurul Izzah sebagai puteri kita, maka di sana dilihat
jelas simbol perjuangan kita, seperti Izzah yang lembut tetapi tegas, yang ayu
tetapi tangkas, yang pemalu tetapi bertempat. Lalu Izzah menjadi ikon atau
lambang yang kekal menjadi idola kebanyakan golongan muda Melayu. Izzah dilihat
baik dari semua segi kerana ikonnya yang sopan tetapi tegas itu. Walaupun cuba
difitnah kononnya ada hubungan dengan Ezam, orang tidak percaya, bukan kita
sahaja UMNO sendiri tak percaya. Lalu isunya mati. Izzah kekal menjadi ikon yang
bersih. Letakkan sahaja Izzah dan Azalina di atas pentas kita akan saksikan yang
mana yang kita lihat sopan dan mewarisi kesopanan wanita Melayu Islam zaman
berzaman, dan yang mana laksana tomboy atau samseng yang mewarisi kejelekan
penjajah dan berjuang untuk kebebasan wanita ala Eropah. kita lihat dengan jelas
andai keduanya ada di pentas. Sebab itu secara berseloroh saya katakan pada Ezam
2 minggu yang lalu di Lunas, agar suruh Hishamudin dan Azalina bertukar tempat,
baru nampak bertokoh Hishammudin yang lembut di tempat yang sesuai untuk kaum
yang lembut dan Azalina yang kasar untuk tempat kaum yang lasak.
Antara Ezam dan Hisham
Hishamudin atau Hissam juga ketua pemuda UMNO, bila diumumkan yang Hissam menang ketua pemuda, saya dari awal lagi membayangkan
UMNO akan punah, UMNO tak
akan ada daya bertempur, jika sebelumnya Zahid menang ketua dan Hissam menang
naik ketua mengalahkan Fatah Iskandar saya masih boleh baik sangka bahawa pemuda UMNO akan lantang semula, ditambah pula bila zahid melantik Saifudin menjadi
penolong Setiausaha, saya nampak pemuda akan kembali menyinga. Bila Hissam
menang, dilantiknya zulkifli Alwi jadi penolong Setiausaha maka saya dari awal
membayangkan pemuda UMNO akan menjadi pemuda pondan. Mujurlah Si Aziz ada juga
nampak jantannya, bayangkan jika proksi awal Hissam untuk ketua pemuda si Zain Isma alahaiii... habis pemuda
UMNO! ketua dan orang besarnya adalah golongan
yang lembut.
Ezam kembali dari Indonesia, dan menjadi ketua pemuda pertama Keadilan,
timbalannya adalah Hamdan Taha sebelum digantikan dengan Mustapa Kamil. Hamdan
menjadi Setiausaha dan Lokman penolong setiausaha, semuanya berkarisma dan
terbukti punya semangat juang yang tinggi, semuanya dilihat sebagai pemuda yang
tahan lasak tetapi bukan ganas seperti pemuda tahan lasak UMNO. Ezam, Mustapa,
Hamdan, Lokman Nur Adam adalah ikon bagi pemuda Malaysia selepas reformasi
dijalankan. Kita lihat jelas semangat dan pengorbanan mereka terhadap apa yang
benar yang mereka perjuangkan. Saya secara peribadi bangun berdiri memberikan tabik hormat kepada mereka kesemuanya. Jelas berbeza antara pemuda keadilan dan
pemuda UMNO, seperti juga berbeza puteri reformasi dan puteri UMNO.
Reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil
ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com